Sunday, 6 September 2020

Part Empat – Bisnes Pasir Yang Mencurigakan


Dari April 2020 hingga Julai 2020, Ageson Berhad telah mengumumkan bisnes pasir dengan cara Usahasama (Joint Venture), Surat Niat (Letter of Intent), dan Pesanan Belian (Purchase Order) seperti yang dibawah:





 


Tetapi dalam “Reply to Query” Ageson, ia menyatakan bahawa semua Surat Niat and Pesanan Belian adalah “non-binding” dan kontrak yang final masih lagi dalam rundingan. JV pulak belum ada hasil lagi. Jika ia belum final lagi, kenapalah buat pengumuman kalau bukan untuk tujuan goreng harga syer??





 

(Rekod UN menunjukkan laporan Negara lain import USD 59m (RM 244m) pasir dengan Malaysia dalam tahun 2019)


Berdasarkan pengumuman Ageson Berhad yang dapat kontrak jual pasir berharga RM 27.5 Billion untuk 15 tahun (ini sama dengan RM 1.83 Billion export untuk satu tahun). Seluruh Malaysia hanya export RM 244 Million pasir dalam tahun 2019. Maknanya jika Pesanan Belian RM 27.5 Billion itu adalah benar, Ageson Berhad akan dapat membeli semua keluaran pasir di Malaysia dan memerlukan pembekal meningkatkan pengeluaran pasir sebanyak 7.5 kali lagi untuk mencapai keperluan export Ageson Berhad. Jadi adakah pengumuman ini wajar? Ataupun dah terlampau palsu?


Lagi pun, JV dengan Navis Marinus tu benar ke? JTC Corporation tu adalah agensi kerajaan Singapura. Saya tidak rasa agensi kerajaan Singapura akan membeli pasir dengan negara Filipina menerusi syarikat Malaysia.


Sekian terima kasih.