Wednesday, 26 August 2020

Part Satu - Intro Ages 7145

Kepada Ahli Lembaga Pengarah Prinsiptek / Ageson,
Saya ingin bertanya kepada kalian...
mengapa kalian sanggup bertindak sebegitu 
kejam sehingga menjadikan orang awam yang 
tidak tahu menahu dalam urusan syarikat 
kalian sebagai mangsa untuk kepentingan 
kalian sendiri???


Baru-baru ini, saya dapat tahu salah seorang
 rakan saya terlibat dalam kes
 “curian identiti”. Pada mulanya saya
 rasa ini hanyalah kes tipuan biasa 
sahaja....tetapi setelah diteliti,
 ianya merupakan kes kecurian identiti
 di mana nama rakan saya telah diguna pakai 
sebagai Pengarah dan Pemegang Saham di 
4 syarikat di bawah!!

-	Prinsiptek (M) Sdn Bhd
-	LKD Trading Sdn Bhd
-	NBL Land Development Sdn Bhd
-	Tanah Perangsang Sdn Bhd

Bagus kan!, Tiba-tiba menjadi pengarah dan
 pemegang saham di dalam syarikat-syarikat 
di atas. 

Malangnya...syarikat-syarikat ini 
telah disaman oleh banyak syarikat 
lain berjumlah jutaan ringgit!!!

Carian SSM menunjukkan bahawa 
syarikat-syarikat ini adalah bekas anak
 syarikat anda, Ageson Berhad
 (Dahulunya sebagai Prinsiptek Corporation
 Berhad), dan pemeriksaan lebih lanjut 
menunjukkan bahawa Ageson Berhad diambil
 alih oleh 2 orang yang bernama Chin Kok Foong 
dan Liew Kok Leong (Nampaknya dia adalah 
seorang berpangkat Dato, tetapi saya 
enggan menyebutnya sebagai Dato kerana 
sememangnya sudah pasti dia tidak layak).

Setelah pengambilalihan, kalian telah
 mencuri identiti rakan saya dan memindahkan
 saham dan menjadikan beliau sebagai 
pengarah anak syarikat anda kepadanya 
dan menjadikannya mangsa.

Sebenarnya sangat jelas menunjukkan bahawa 
kalian (Ageson Berhad) cuba berusaha untuk 
melepaskan diri dari semua saman pemiutang 
dengan hanya memindahkan saham dan jawatan 
pengarah kepada mangsa...segala hutang-hutang 
kalian tidak perlu membayar satu sen pun, 
tetapi rakan saya sebagai pengarah perlu 
menghadapi semua tuntutan dan gangguan oleh
 pemiutang anda.

Kalian ni sememangnya penipu yang 
paling berani untuk tidak menghiraukan 
undang-undang Malaysia.

Oleh kerana kes ini melibatkan reputasi 
pasaran saham Malaysia dan reputasi agensi 
penguatkuasaan Malaysia yang berkaitan, 
saya sangat berharap agensi kerajaan yang 
berkenaan akan membuat siasatan kes. 
Jika tindakan yang sewajarnya tidak diambil, 
siapa lagi yang berani menjalankan bisnes di
 Malaysia??

Saya terpaksa menyiarkan kes ini dengan akaun
 baru demi menjaga keselamatan saya kerana 
telah mendedahkan perkara buruk mereka 
kepada orang ramai.

Semoga pihak berkuasa mengambil tindakan yang
 sewajarnya dan siasat sebelum ramai lagi 
yang menjadi mangsa.